Teknik Rehatkan Pankreas

Nanti free hakak kupaskan penjagaan pankreas untuk pesakit kencing manis ye...
Sesuai untuk mereka yang ingin ikhtiar sembuhkannya.



Ada juga video di YouTube detail oleh Dr. Hj. Noorul Amin bagaimana usaha ikhtiar yang kita harus lakukan dengan istiqamah.
Tapi INGAT ya...
Kuasa MENYEMBUH HANYA MILIK ALLAH!!!

Hakak follow dari group telegram...
Encik Go Shujin( hubby) yang sedang amalkan konsep ini...so hakak cuba fahami dengan sebaiknya sebagai tukang masak terhormat lagi peribadi untuk dia kan!!
-----------------------------------------------------------

Harus ikuti 5 perkara berikut :

1. Yakin Allah yg sembuhkan penyakit bukan manusia

2. Melakukan amal salih dan elak dari perkara yg datangkan kemurkaan Allah

3. Modifikasi pemakanan dengan amalkan cara makan Rasulullah 100%

4. Pengambilan herba2 tertentu termasuk HABBATUS SAUDA yg diamalkan oleh Rasulullah

5. Bekam

Kombinasi 5 perkara ini beserta doa dan amal saleh mampu merawat apa penyakit sekalipun dengan izin Allah swt.

3. Modifikasi pemakanan dengan amalkan cara makan Rasulullah 100%

Cuba ikut diet saya ni 👇

Diet yg saya amalkan adalah disarankan oleh Dr. Hj. Noorul Amin utk sembuhkan kencing manis. Perlu diamalkan selama 90 hari.

Bangun saja dari tidur. Sy minum 1 cawan/250ml air rebusan habatusauda (hs). Ini untuk 30 hari pertama. Pada hari ke 31 dan seterusnya minum 1 sudu makan minyak habbatusauda.

Selepas 1 jam baru  sarapan
Minum 1-2 gelas air barli tanpa gula atau dimaniskan dgn apa2 pemanis

Selepas sarapan, mkn 1 sudu teh herba kencing manis (km). (Jika gula dalam darah kurang 12mmol, ambil 2 kali sehari. Jika lebih 12mmol, 3 kali sehari. Ambil setiap 8 jam sekali)

Makan Tengahari – 1130/1200 tghari – roti barli/bubur barli/lempeng barli berlaukan sayuran 1 atau 2 jenis sayuran yg dimasak dgn minyak zaitun

Makan malam - roti barli/bubur barli/lempeng barli/biji barli yg dah direbus berlaukan sayuran 1 atau 2 jenis sayuran yg dimasak dgn minyak zaitun
(Pagi kita minum sahaja, tengahari & malam kita makan, secara keseluruhan kita hanya makan 2 kali dalam 1 hari)
Lauk sayur2an.  Bagus tambah flax seed dlm masakan. Boleh pelbagaikan masakan..samada kari, sup dll.

Selepas mkn mlm, mkn 1 sudu teh herba km..

PANTANG SEMASA MENGAMALKAN DIET KENCING MANIS

1. Tak boleh mkn semua jenis daging haiwan & telurnya selama tempuh penyembuhan. Semua jenis haiwan di darat, air & udara tak boleh mkn. Kuahnya pun tak boleh rasa. Jamah2 pun tak boleh. Boleh pandang je tau..

2. Tak boleh mkn buah durian, pisang, tembikai, mangga, betik, nenas & nangka..juga buah2an yg G.I tinggi pun x boleh

3. Sayur yg tak boleh... terung, bendi, kobis putih, kentang, jagung, jagung sayur, kobis bunga putih, jagung

4. Semua minyak masak tak boleh guna kecuali minyak zaitun sahaja.

5. Kopi, teh, milo dll tak boleh. Yg boleh hanyalah air kosong & barli yg diperolehi dr rebusan beras barli.

6. Gula, gula tiruan & susu pekat manis tak boleh.

7. Tak boleh mkn/minum semua produk dlm tin, botol & paket.

8. Tak boleh mkn semua produk dari tepung gandum/ beras putih/ karbo spt nasi putih, roti, biskut, mee, bihun, makaroni, junk food dll. Mknan kita hanyalah berasaskan barli, sayur2an & buah2an sahaja.

4. Pengambilan herba2 tertentu termasuk HABBATUS SAUDA yg diamalkan oleh Rasulullah 👇

5. Bekam.
Bekam perlu dibuat setiap 2 minggu sekali selama 3 bulan. Maknanya 6 kali. Carilah tempat bekam yg bersih, memang pusat bekam, harga yg berpatutan (kena tanya harga dulu sblm buat bekam), Jgn bekam tepi jalan atau kat pasar mlm, jurubekam yg profesional yg patuhi SOP berbekam.
Ni poin2 bekam 👇

Bahan2 yg diperlukan utk program penyembuhan ini adalah seperti berikut:-

1. Jintan hitam = Biji habbatusauda 2.5kg.. boleh didapati di Mydin hyper/Giant hyper/ kedai india/kedai mknan sunnah

2. Tepung barli.. boleh kisar biji barli utk jdkan tepung..kedai organik, kedai india yg jual/mesin rempah2 biasanya ada jual

3. Herba kencing manis..boleh google utk lebih kenal.

4. Biji barli...senang nak dpt.

5. Minyak habbatusauda utk hari ke 31 dan seterusnya boleh didapati di kedai2 makanan sunnah


Cara masak Bubur Tepung Barli / Talbinah

2 sudu makan tepung barli
2 cawan air (500 ml). Air paip

Caranya
1. Masukan 2 sudu mkn tepung barli